Blogger Templates

:::...It's Coming...:::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

:::...DO RE MI...:::

Daisypath Friendship tickers

Thursday, 7 July 2011

Beribu Sesalan...

Dengan ucapan beribu ribu terima kasih sebab dah buatkan aku sangat sangat menyesal kenal kau.
This is my FB status today. Dialog with PENGECUT!!

*klik untuk membesar bagai johan..

So, pade sesape yang rase senang and free boleyh lah tinggalkan komen kat status aku itu okeyh..
Btw, hari ni nak post lirik lagu. Just untuk si PENGECUT!!

Ku susuri malam ini,
Yang tak berbintang sunyi sepi,
Juga rembulan dah menghilang,
Dalam kelam ku sendiri.
Ku mencari hembus bayu,
Yang selalu berbisik madah rindu,
Kini membisu dalam sayu,
Tidak ku temu suaramu,
Kekasihku di jalanan yang berliku,
Di saat ku perlukan mu,
Tertutup jua segalanya terhadapmu,
di sini ku tersedu sedu,
Setelah cinta pergi,
Ku mengusung duka ini di iringi,
Kisah janji di mungkiri lagi.
*Sia sia ku mencintaimu,
*Setia padamu,
*Percayakanmu,
*Sebak dadaku,
*Retak hatiku,
*Luka jiwaku,
*Di hiris pilu..
BERIBU SESALAN..

1st time dengar lagu ni memang dah touching tahap dewa lah pasala memang terkesan betol dalam jiwa raga yang tengah kacau bilau ni.
Ditambah pulak hati memang tengah rase menyesal sebab terlalu CHENTA and SAYANG kat si DIA tu tapi semuanya langsung tak di hargai.
Make me like RUBBISH!!
Ape pun tak boleh lah!!
Sape ada memori otak yang kosong,boleh bagi pada aku tak?
Aku nak delete semua memori tentag si DIA yang useless tu pastu nak buat memori baru dengan orang baru (nth bila nak ade!!)
Tapi, aku nak cakap yang dalam hati aku ni BERIBU SESALAN mengenali DIA!!
Until then,chill..

Saturday, 2 July 2011

Hati Berbunga Bunga..kenapakah?apakah?bagaimanakah?...

Hah, nak continue sikit post gedik santai hari tu. Its all about Mr.Q lah ni. Kalau tak kerana beliau, memang dah lame gugur kelopak bunga bunga hati yang dah kering kontang ni.
Okeyh, confirm sangat gedik statement aku tu. Hahaha!
Semalam adalah sikit sesi luahan perasaan antara aku dan Mr.Q tu. Tapi jangan miss understanding pulak.
Bukan luahan perasaan yang jiwang jiwang. Ini luahan antara sahabat lah. Sebab, antara kami hanya ada ikatan persahabatan jer.
Well, ini antara bait bait sesi luahan tersebut (by texting)

Me     :-) Kenapa saye rasa awak dah berubah sikit sekarang?
Mr.Q :-) Berubah apa?saya tak rasa pun saya berubah?saya masih kawan baik awak kn..
Me    :-) Tapi,saya yang rasa awak berubah.
Mr.Q :-) Saya tak pernah berubah,.saya masih Mr.Q yang awak kenal dulu cuma sekarang saya agak  sibuk.Ada urusan yang perlu saya selesaikan. Saya tahu awak rindukan saya kn?
Me    :-) Yup, saya rindu awak yang dulu. (owh,sgt gedik okeyh!!)
Mr.Q :-) Saya janji lepas selesai urusan saya ni, semua akan balik seperti dulu.
Me    :-) I will waiting u..
Mr.Q :-) Janji awak happy okeyh SAYANG...

OW!!OW!! he call me SAYANG okeyh. Weee!!!!
Chop!!Chop!! Are'shiq,behave yourself please!!
Its just a words and takde meaning pape pun.
Jangan perasaan lebih lebih sangat yee!!
Haha..saje nak remind diri sendiri ni. Nanti terover gedik, sendiri malu.

Once again nak bagitau, Mr.Q adalah sekadar secret admirer of mine.Not more and not less.
Ape yang pasti,beliau adalah seorang kawan yang sangat sangat memahami dan penyayang.
Aku senang berkawan dengan beliau sebab beliau sangat lah berterus terang.
That's the true man for me.
Aku tak pedulik lah berape ramai girlfriend beliau kat luar sana,betapa player nyer beliau or betapa kasanova nya beliau tapi pada aku beliau adalah teman terbaik.
Selain sayang sayang aku Gee and Nonoy.
Mereka lah pengubat duka lara aku di saat aku betul betul memerlukan sorang teman.
Thanks for all of you.
Love you never ends!!
Until then,chill..






Friday, 1 July 2011

Welcome July Goodbye June!!

Its July 2011. Selamat tinggal June yang penuh berdarah.
Berdarah sangat!!
Well,nak tau kenapa berdarah?
Sebab,in June ade dua date yang sangat sangat penting untuk aku.
Tapi,for June this year tarikh tersebut dah takde makna pada aku lagi.

1st, 10 June 2011
That date is anniversary aku with si DIA. Tahun ni genaplah 4 tahun kami hidup bersama tapi sayang nya semua dah berlalu sia sia.Aku wish by text takde reply.Aku call but no answer. Korang boleh faham tak perasaan aku macam mana bila kene macam tu?Aku tau aku dah tak diperlukan tapi apa lah salahnya reply text aku tu.Aku tak harap kan text yang panjang panjang lebar pun. Enough with TQ je. But, keep dreaming la Are'shiq. Its not happen pun..

2nd, 11 June 2011
Hah, kat date ni lagi lah sadis kejadian nya.Its His birthday yang ke 26. Tiap tiap tahun since kitorang bersama aku tak pernah lupa pun birthday DIA and tak pernah miss bagi present. Bukan nak menunjuk tapi its fact.Sebab aku sangat sangat sayang kat DIA. Tak mampu macam mana pun aku akn bagi walaupun sekecil kecil coklat. Last year aku dah plan satu suprise birthday party untuk DIA dengan kawan kawab DIA tapi at last aku yang ter"suprise" bila aku sampai umah DIA, DIA takde kat umah.Hp tinggal dalam bilik and bila check hp DIA aku terjumpa text yang sangat sangat menyakitkan hati.Bayangkan aku dah masak, dah beli birthday cake and dah siap present DIA boleh takde kat umah.Mana DIA pergi?sampai hari ni masih dalam teka teki.And, im sure text dalam hp DIA tu adalah jawapan nya even DIA tak mengaku.
For this year, as usual aku wish by text tapi takde reply.Aku call pun still tak answer.Nasib kau lah Are'shiq.

Bezanya tahun ni dua dua event aku takde bagi present. Aku just send anniversary and birthday card je pada DIA. Itu pun, secebis TQ pun aku takde terima. Memang DIA dah tak perlukan aku lagi. Tapi, DIA masih and tetap dalam hati aku sampai hari ini. Itu yang pasti.

So,selamat tinggal JUNE 2011. Akan menjadi memori yang takkan pernah aku lupa seumur hidup aku.Dan yang pasti lagi, kedua dua tarikh keramat ini akan aku ingat sampai bila bila.
Until then,chill.




Wednesday, 29 June 2011

Secret Admirer of MINE..

Holla... Wah, agak lama tak post something yang happy kan? Asyik post cerite yang leweh leweh leleh air mata je..So, hari ni nak post happy punya cerita..
Semua yang terdekat dah tau kot aku sedang bermasalah dengan "hati" dan "perasaan". Sejak aku bermasalah dengan si DIA tu, aku secara tak sengaje nyer berkenalan dengan seorang mamat ni yang aku boleh kenal kan die as Mr.Q dalam post aku ni.
Mr.Q ni selalu ada dengan aku time aku down gile vavi dulu. Bagi aku spirit kalau aku tetibe teringat kat si DIA. Call me at the right time, saat aku perlukan seorang teman. Texting with me every time untuk buat aku lupekan masalah aku dengan si DIA tu.
So, tak salah kan kalau aku tetibe jer ter"admirer" kat Mr.Q ni?hehe..
Even aku tau macam mane life Mr.Q ni. Sangat player dan sangat sangat memilih kalau bab gurls ni.
Gurls yang Mr.Q ni suke confirmlah bukan type yang macam aku.Mane aku tau?Sebab Mr.Q ni pernah direct cakap kat aku yang aku ni bukan "taste' dia.Aku sikit pun tak ambil hati dengan words Mr.Q tu sebab aku tahu Mr.Q ni sangat sangat lah terus terang dan lurus punya orang.Di sebabkan tu jugak aku secara tak sengaje ter"admirer" kat dia.
Bagi aku,sikap terus terang Mr.Q ni ada baik nya.So, aku takde lah akan sangat or tertaruh harapan kat die ni.Sekadar admirer suka suka jer.
Aku pun tak nak nanti kalau timbul perasaan terlebih dari yang sepatutnya antara kami exspecialy aku lah kan  akan mengganggu relationship kami as a bestfriend.
For me, its enough sekadar aku admirer Mr.Q tu dari jauh and just keep it dalam hati je.Aku rasa takde sesiapa pun yang akan tahu and kenal sape Mr.Q yang aku maksudkn ni. Biarlah jadik rahsia aku sorang.
Pada Mr.Q, thanks for being such a good friend and good listener for me. Hope kita berkawan sampai bila bila.Sangat hargai kesanggupan kamu berkawan dengan saye yang senget dan sewel serta GEMBENG ni even kita belum pernah jumpa empat mata sekali pun. Just tengok dari jauh je.Kate pun secret admirer.
Kamu juga yang selalu buat saya tersenyum bila baca text kamu di hanphone buruk saya. And, buat saye ketawa bila kita berbual at phone. Hope tak kan ada yang boleh menyebabkan relationship kita as friend ni tergugat okeyh..
Sangat happy being friend with you honestly walaupun kadang kadang bahsa kamu tu agak kasar.Thanks again..
So, korang rasa best tak jadik secret admirer pada seseorang?and,korang rasa ade tak sesiape yang admirer korang dalam diam?Jeng..Jeng..Jeng..
Until then,Chill..

~~Sekuat mana pun aku admirer kat Mr.Q ni tak bermakna perasaan sayang dan cinta aku dah beralih arah.Hati aku masih milik si DIA. Itu yang pasti dan tak kan ada siapa pun dapat ubah yang satu itu~~

Friday, 17 June 2011

I Wish...I Wish...

I wish all my dreams will come true but its will never happen now.
Its all getting over.
Don't ever ask me 'where is the love' coz i never know where that its gone.
Now its time to waiting what will happen next.
Hope is no hope anymore.
Love is meaning nothing.
Missing is just waisting time.
Hurt is getting worse.
And, its nothing to be proud.
 
Are'shiq, sabar lah dalam melalui segalanya.
Semoga semua yang terjadi menjadikan kau lebih tabah dan kuat.
Jadikan sebagai pengajaran dan seriklah untuk laluinya buat ketiga kali.
Ada hikmah di sebalik semua ini dan yang pastinya ada yang lebih baik diaturkan untuk kau di depan sana.
Amin....

Until then, chill..